Saturday, August 12, 2017

It's my turn to SHINE.

This is my I-story.
Sejak kecil, mak tak pernah nak puji anak dia cantik, saya membesar dengan fikiran yang saya ni seorang yang hodoh (maaf mak). Dan kami hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, tak miskin dan tak juga berlebihan.

Maklumlah, ayah seorang petani dan mak pula seorang peniaga sayur-sayuran. Tapi ayah dan mak sentiasa memastikan keperluan asas kami adik beradik sentiasa cukup. Makan cukup, rumah pun ada, tak perlu nk mengemis atau meminta-minta dari sesiapa. Cuma nak makan mewah, nak bercuti-cuti, pakai baju cantik-cantik memang tak lah. Hujung minggu dan cuti sekolah kami dipenuhi dengan aktiviti bantu ayah di kebun atau ganti mak jual sayur kat gerai. Masa tu, asyik memberontak, nak main pun tak boleh  sebab kena bantu mak. Tak pernah fikir yang mak dah penat kerja 5 hari tak de rehat.

Baju sekolah, baju raya, baju harian, semua mak akan beli saiz besar. Boleh pakai bertahun-tahun, selagi muat, selagi tak koyak, selagi tu akan pakai. Setiap hari balik dari sekolah, mesti basuh baju dan jemur sebab tak ada baju extra.

Minta mak belikan baju extra, mak kata mak tak ada duit. Mak kata, ingat senang ke nak cari duit. Masa tu menangis dalam hati, nak nangis depan mak nanti kena rotan. Masa tu juga, tanam dalam hati, saya tak nak hidup susah macam ni.

Alhamdulillah, jauh perjalanan yang saya lalui, akhirnya saya berjaya juga kerja dengan kerajaan. Biarpun orang kata, kerja dengan kerajaan tak kan kaya, sekurang-kurangnya setiap bulan ada gaji tetap. Tapi, dengan gaji saya dan juga hutang yang perlu saya tanggung, saya perlu cari kerja part time untuk dapat duit lebih. Saya ada banyak impian. Nombor satu adalah menghantar ibubapa saya menunaikan haji dan nombor dua adalah menyenangkan kehidupan mereka. Cukup la saya dah menyusahkan ibubapa saya sepanjng tempoh saya belajar dulu.

Saya mula berjinak dengan bisnes, beberapa jenis MLM. Tapi bila saya kena cari orang untuk dapatkan income. Saya tak sanggup nak tipu orang lain. Bisness yang mereka kata boleh bantu bayar hutang tu sebenarnya menindas org lain.

Modal berniaga adalah RM33k, korang bayangkan lah saya perlu cari orang yang ada modal sebanyak tu juga untuk jadi downline saya. Kemudian, dia bagi lambakan stok, dan kononnya bantu saya menjual. Dia tak ajar langsung cara berniaga. Yang saya kena buat adalah cari orang untuk jadi downline saya. Dengan apa yang dah berlaku, saya tak sanggup nak menipu orang lain, biar lah saya yang rugi dari menindas orang lain. Doa orang yang teraniaya sangat mustajab.

Dengan itu, official lah hutang saya bertambah dari rm800 sebulan menjadi rm1200 sebulan. Sedangkan rumah belum ada, hutang ptptn, kereta dua biji nak bayar. Satu kat sabah, satu kat johor. Memang semput nafas setiap bulan.

Satu perkara lagi, perempuan mempunyai 9 nafsu. Nafsu nak cantik tu yang paling besar bagi saya, (kan mak kata saya tak cantik, rasanya sebab mak tak nak saya bercinta masa belajar kot), jadi perasaan nak cantik memang besar. Lagi-lagi, bila pergi beraya, orang tak pandang pun saya sebab hodoh sangat kot dan banyak sebab lagi yang biar saya simpan sendiri.

Then, saya mula tertipu dengan produk cantik cepat, putih gebu gebas gitu. Yang best lagi, adik saya sendiri adalah stokis produk-produk ni. Nur Anira Lausin, ingat kan produk yang ko jual dulu.
Alhamdulillah, dah insaf, dan sekarang sama-sama menyebarkan kebaikan Mary Kay.


Saya pun pakai la produk tu. December 2014, siap tanya adik lagi, berapa lama boleh nampak hasil? Nak cantik dalam masa sekejap lah katakan. Sebulan, memang cantik, ploles dan putih gebu gebas. Masuk bulan kedua, kulit mula jadi kusam. Dan bulan ketiga, jerawat mula tumbuh tak berhenti-henti.

Masa tu, mula cari ikhtiar nak dapatkan kulit yang cantik tu semula. Masa tu SD Siti Sarah Ahmad buka Damai Spa Muslimah, saya pun facial kat spa. Sarah kata kulit dah nipis, suggest pakai BP, produk yang Sarah guna kat spa. Masa tu Sarah pun tak kenal lagi dengan Mary Kay.

Pakai BP, pun ambil masa lama nak pulih, kulit masih kusam pda bulan kedua (Mei). Akhirnya ambil keputusan untuk ambil semula produk peeling yang pertama kali pakai tu. Sanggup google, stalk FB untuk cari produk tu. Dapat juga lah, mahal pun tak kisah janji dapat. Pakai lagi produk tu tapi tetap tak jalan. Kulit masih kusam dan jerawat makin banyak tumbuh. Sapa yang rajin, scroll la wall FB, dalam tempoh tu, memang tak ada selfie langsung. Sebab memang buruk teramat sangat.

Bulan Julai 2015, SD Aime Yaacob Gleam buat SCC kat kelas pemulihan. Masa tu, ego lagi tak nak try Mary Kay. Dengan bangganya tunjuk skill mekap yang kalau ingat balik sekarang, memang ya ampun. Malu!! 

Masa tu la rasa, seumur hidup, tak pernah rasa cantik sangat mekap sendiri. Dengn Mary Kay, rasa Ya Allah, cantiknya aku. 

Then, beli cc cream je. Mampu beli tu je, Mary Kay kan mahal. Pakai masa raya, orang kata kulit nampak cantik.

Balik Johor, jumpa Sarah, nak beli skin care pula. Ogos 2015, mula pakai Cleanser botanical dan pelembap botanical. Bayar mahal masa tu, Sarah tak de nak kasi diskaun-diskaun bagai.
Then, terfikir nak pakai Mary Kay satu set tapi nak ada harga diskaun. So, bagi duit kat Sarah. Sarah daftarkan pada 2 Oktober dan pada 10 Oktober, masuk kelas ESRS. Masuk kelas ESRS tu banyak buka minda, pada asalnya, saya cuma nak jadi pengguna. ESSD Noor Akma, SSD Misdiana dan ESSD Norazean adalah mentor masa tu, serius cakap, apa benda pun tak faham. Dia suruh buat goal poster, saya boleh letak nak jadi Sales Director pada tahun 2017 . Tak faham punya pasal kan.
Saya mula sharing tentang Mary Kay dan paksa adik beradik termasuk mak dan sepupu-sepupu untuk pakai Mary Kay. Alhamdulillah, kejayaan saya yang pertama dalam Mary Kay adalh complete NCB 1-4.

Banyak dugaan masa awal-awal jadi beauty consultant. Sedih, kecewa, marah dan macam-macam lagi saya rasa. Tapi saya tak pernah berhenti.
Ayat yang paling saya ingat masa awal dulu adalah, 'ko dah pakai mary kay full set kan? Tak nampak pun hasil dia'. Sentap kau! Saya diam dan teruskan kesetiaan saya dengan Mary Kay.
Sekarang, alhamdulillah, kulit dah bersih, sihat dan cantik. Skill make up pun dah semakin advance, TQ to semua guru Mekap saya. Nor Adilla Rosli, Lizs Emilly, Emilly de Paris, Ct Norhana Samsudin, Amanda Touch, Leeya Nana, ESSD Norizan Samsudin.

Alhamdulillah juga dengan Mary Kay, duit sentiasa mengalir masuk, dah tak perlu tunggu 25hb setiap bulan lagi untuk ada duit poket.

Saya rasa sangat gembira berMary Kay, sahabat-sahabat Mary Kay adalah insan-insan yang sangat positif dan baik hati. Ilmu diberikan secara percuma, diajar cara berbisness, leadership, pengurusan wang, masa dan macam-macam lagi. Semuanya secara percuma.


Ok, sambung cerita. Kemudian, Sarah dan Biha mula move up karier, masuk RJU, enter DIQ. Paling tak tahan hati tengok Biha beli iPhone. Cash pula tu. Mana dia dapat duit banyak-banyak ni, iPhone mahal kot. Start dari tu, saya follow Sarah dan Biha rapat-rapat. Sarah suruh rekrut saya buat, walaupun saya tak faham kenapa nak kena rekrut.

Akhirnya Sarah debut sebagai Sales Director pada bulan Januari 2017. Kemudian, rakan saya DIQ Wawa Z's pula move up career, padahal dia baru join pada bulan November 2016, tercabar juga tu. Dia ni dah la poyo (hahaha, sorry kak, kutuk skit), boleh pula dia move career laju, so saya decide yang saya akan buat. Tak nak ketinggalan lagi.

10 Februari 2017, saya ke kelas RJU dengan kak Zura dan kak Norizan Hj Rasiman. Alhamdulillah, walaupun lambat, saya dah berjaya menghabiskan cabaran RJU dan akan berkonvo bulan November nanti. Nantikan cincin emas dari bakal SSD Sarah.

Bulan Julai 2017 adalah bulan yang bermakna pda saya. Cabaran Director in Qualification bermula untuk unit kecil saya #EliteStarsSwan.

Doakan kejayaan saya dan team untuk cabaran DIQ ini. Semoga impian saya tercapai dan usaha saya akan membuahkan hasil. To my family, I am doing this for us. To my team, I am doing this for you. To my recruiter and also my SD, thank you for always being there when I need you. To my power partners, thank you. Kalau bukan sebab korang, I won't be able to get this far. To all fellow BCs, we can do it!

And yes, IT'S MY TURN TO SHINE.

P/S: Cantik dan berduit dengan Mary Kay 

#myIstory #marykay #beautyconsultant #ekalausin

Jika anda masih belum mempunyai perunding kecantikan, boleh hubungi saya melalui email, telegram, facebook, whatsapp atau call.

Nur Atiqah Lausin
Professional Beauty Consultant
016 812 4485
liviani_lausin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment